Dipuja sebagai ‘penunggang motosikal paling cantik’, ini akhirnya nasib MotoTanya

Maut ketika menunggang motosikal pada usia 38 tahun dengan mempunyai 5 juta peminat di TikTok dan 2 juta di YouTube.

Itulah nasib dialami seorang YouTuber, Tatyana Ozolina, 38, atau lebih dikenali sebagai MotoTanya.

Wanita cantik itu menemui ajal selepas hilang kawalan motosikal ditunggang dan bertembung dengan sebuah lori ketika bercuti di Türkiye pada 25 Julai lalu.

Dilaporkan, dia sedang menunggang motosikal BMW S1000RR 2015 merah miliknya di jalan raya dari Mugla ke Bodrum ketika nahas berlaku.

MotoTanya yang dipercayai mempunyai seorang anak lelaki berusia 13 tahun mati di tempat kejadian.

Seorang penunggang motosikal Turkiye, Onur Obut yang bersamanya parah manakala seorang lagi penunggang tidak cedera.

YouTuber itu berada di Turkiye selepas tidak dapat memasuki Eropah di sempadan Greece kerana halangan peperangan.

Selebriti media social yang juga mempunyai atu juta pengikut Instagram sempat meninggalkan catatan dengan antara lain berkata akan “menakluki Turkiye yang cantik dan mesra”.

“4,000km dari rumah. Greece merindui saya tetapi tidak merindui motosikal saya. Ya, saya berada di Greece dengan berjalan kaki. Saya membeli magnet dan kembali ke Turkiye.

“Saya kecewa kerana saya tidak dapat menunggang di Eropah, tetapi tidak terlalu banyak, kerana saya tahu bahawa ini boleh berlaku,” tulisnya.

Sementara itu, Ketua Persatuan MotoMoscow, Andrei Ivanov, memberi penghormatan kepada bintang media sosial itu.

“MotoTanya tidak bersama kami lagi. Dia mempunyai kehidupan yang cerah dan indah. Berjuta-juta orang mengikutinya.

“Mungkin tidak ada seorang penunggang motosikal di negara ini yang tidak peduli dengan Tatyana.

“Dia dipuja, dicemburui, dikagumi, ditiru, dianugerahkan sebagai blogger terkemuka dan, pada masa yang sama, dibincangkan dan difitnah.

“Kini yang tinggal hanyalah ingatannya. Tidurlah dengan lena,” ujarnya.

BACA JUGA Sepasang lelaki maut dalam lubang pembetung cetus tanda tanya