Harapkan penghantar, penghantar makan makanan pelanggan

Tular di India kisah seorang rider selamba menjamah makanan pelanggan yang sebelum itu terpaksa menunggu pesanannya sampai selama 45 minit.

Kisah itu dikongsikan seorang usahawan di Noida yang memesan makanan dari sebuah restoran tempatan, Ola Foods.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @amanbjaiswal, penghantar makanan itu sedang menjamah kentang goreng yang dipesan oleh Jaiswal.

Klip video tersebut dirakam sendiri oleh Jaiswal berdekatan kediamannya.

Sebelum itu, lelaki penghantar berkenaan menelefon Jaiswal meminta bayaran tambahan, melebihi caj penghantaran yang ditetapkan.

“Buat apa sahaja yang kamu mahu,” kata rider itu selamba sambil makan makanan pelanggan di atas motosikalnya ketika perbuatannya terbongkar.

Bagaimanapun, Ola Foods masih belum memberikan sebarang maklum balas berhubung kejadian tidak bertanggungjawab penghantar makanan berkenaan.

BACA JUGA Cuaca panas, tiga penyakit ini catat peningkatan