Pajak ahli untuk jadi calon Bersatu pun boleh ye

Pas didakwa memajakkan ahlinya kepada Bersatu bagi membolehkan beliau dipilih sebagai calon Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri.

Dakwaan ini dibuat oleh penganalisis dan juga penulis politik, Mohd Sayuti Omar ketika mengulas isu yang berbangkit dalam PRK Nenggiri.

“Semalam MB Nassaruddin Daud telah umumkan calon PN di Nenggiri daripada Bersatu, Mohd Rizwadi Ismail. Yang sedih aneh dan pelik Rizwadi itu bekas ketua pemuda Pas.

“Jika benar begitu bermakna Pas memajakkan ahlinya kepada Bersatu. Hairan juga kalau bekas (timbalan) ketua pemuda Pas, parti agama yang agak rigit itu boleh pula menerima individu yang telah meninggalkan partinya,” tulis Sayuti menerusi facebook beliau.

RUNDINGAN UMNO PAS

Bagi Sayuti juga, tindakan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Shamsuri Mokhtar yang menafikan ada rundingan antara Pas dengan Umno adalah untuk tidak mengganggu perasaan Bersatu menjelang PRK Nenggiri.

Naib presiden Pas yang juga MB Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar “menafikan” tiada perbincangan atau rundingan di antara pemimpin Pas dengan pihak kerajaan seperti mana diuar-uarkan.

Bagi Sayuti, “Jika tiada ada sesuatu tempua tidak akan bersarang rendah.

“Katanya kalau pun ada pertemuan dalam mesyuarat membincangkan hal pentadbiran negara.

“Kenyataan Samsuri itu seperti mahu menyembunyikan punca agar apa yang berlaku (perundingan) di dalam kelambu tidak diketahui umum.

“Beliau terpaksa membuat kenyataan itu mungkin untuk tidak menganggu mood pilihan raya kecil Nenggeri yang akan berlangsung 17 Ogos nanti,” kata Sayuti.

Bagi Sayuti, Samsuri membuat penafian demikian untuk tidak mengusik hati pihak Bersatu, kerana jika berlaku perundingan di antara Pas dengan pihak kerajaan (dalam kes ini Umno) menyebabkan Bersatu akan terasa hati.

“Atau Samsuri sengaja membuat kenyataan itu bagi memberi signal kepada Bersatu yang Pas sudah naik lenguh dengan galagak pemimpn parti itu yang bodoh sombong,” katanya.

Kelmarin, MB Kelantan mengumumkan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail, sebagai calon PN dalam PRK Nenggiri.

Rizwadi pula telah menulis surat kepada Pas untuk keluar dari parti itu beberapa hari lalu yang dipercayai bagi membolehkannya menjadi calon Bersatu kerana kerusi Nenggiri adalah milik Bersatu.

BACA JUGA Rakaman Takiyuddin angkatkan tangan calon masa ikrar sumpah jadi bualan

Â