Pas kini parti “lain-lain”, tidak tertakluk kepada peraturan sendiri
Parti Pas kini bolehlah dikategorikan sebagai ‘lain-lain’ kerana ia tidak tertakluk kepada hukum dan peraturan, kata bekas pemimpin Pas yang telah meninggalkan parti itu.
Ustaz Ridzwan Abu Bakar, yang pernah membuat bantahan dalam muktamar Pas kerana doa laknat yang dibaca perwakilannya sehingga pembesar suara yang digunakannya dirampas, berkata, Pas kini adalah sebuah parti yang masuk dalam kategori LAIN-LAIN , bergerak tanpa panduan yang tetap…. Yang ada hanyalah KEPENTINGAN semata-mata.
“Hukum keluar Pas haram, apa pula hukum tandatangan meluluskan orang keluar Pas,” tanya beliau ekoran isu bekas naib ketua Pemuda Pas Gua Musang yang meninggalkan parti itu untuk menjadi calon Bersatu di Nenggiri.
Calon Perikatan Nasional (PN) itu, Mohd Rizwadi Ismail, telah mengangkat sumpah laknat tidak akan meninggalkan partinya selepas diperkenalkan sebagai calon PN dengan menggunakan logo Pas.
“2015, ketika kami keluar dari Pas, kami dianggap meninggalkan jamaah Islam, lalu dibaca hadith “sesiapa yang keluar dari jamaah Islam walaupun sejengkal, maka tertanggal lah Islam dari tenggoknya”, lalu dihukum lah dengan pelbagai hukum.
“Bila kami isytiharkan Parti Amanah Negara adalah parti yang berteraskan Islam, Pas pun kata “tak boleh ada jamaah Islam yang kedua”, dibacakan hadith “apabila dibaiah khalifah yang kedua, maka perangilah yang berbaiah itu”.
“Hanya Pas jamaah Islam.
“Semalam, PN mengisytiharkan calonnya di Nenggiri yang merupakan ‘ahli’ Pas yang meninggalkan Jamaah Islam itu , dan diterima oleh Bersatu (apakah Bersatu jamaah Islam juga dan kalau jamaah Islam juga, apakah boleh ada jamaah Islam yang kedua), bahkan calon itu bersumpah laknat ke atas diri sekiranya dia meninggalkan pula Bersatu!” tanya Ridwan menerusi facebook beliau.
Ironisnya, kata Ridwan, yang mengisytiharkan nama calon itu adalah orang yang sama membaca dan mengulas hadith tentang jamaah ikut kehendak nafsu 10 tahun yang lalu.
“Ibrahnya!” kata Ridwan yang ditujukan kepana Datuk Nasharudin Daud, yang kini adalah Menteri Besar Kelantan yang mengisytiharkan calon dari Bersatu yang menggunakan logo Pas itu.
BACA JUGA Untuk jadi calon Bersatu, pemimpin Pemuda Pas keluar parti
Â