Sumpah laknat calon Bersatu Nenggiri: Mujarab? Sah?
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashi mempersoal kemujaraban sumpah laknat yang dibuat oleh calon Bersatu Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail.
“Apakah sumpah laknat oleh calon Bersatu akan jatuh secara automatik pada dirinya kerana dia pun lompat parti juga. Baru dua hari lompat parti kerana mahu jadi calon.
“Atau pun calon Bersatu itu anggap ia tidak sah kerana sumpah laknat itu amalan Pas bukan Bersatu. Bersatu tak main sumpah laknat. Tidak ada legal binding pun.
“Mungkin juga calon Bersatu itu tidak gerun dengan sumpah laknat. Tidak menyebabkan jatuh talak 3. Tidak mujarab kerana ia sumpah laknat politik. Apa pun Nenggiri bukan tempat main wayang kulit.
Rizwadi merupakan bekas timbalan ketua pemuda Pas Gua Musang yang menyertai Bersatu dan akan melawan calon BN, ketua pemuda Umno Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dalam pilihan raya kecil Nenggiri pada 17 Ogos.
Ketika majlis pengumuman calon oleh PN, Rizwadi telah melafazkan sumpahnya itu.
Terdahulu ketua penerangan Umno Kelantan Datuk Zawawi Othman turut mengkritik Bersatu kerana ketandusan calon sehingga terpaksa mengambil calon dari Pas
Beliau menyifatkan tindakan Bersatu sebagai kisah kartun kerana tidak ada kuasa dan ketandusan calon.
BACA JUGA: Nenggiri by-election: Umno pans Bersatu candidate
Â