Tindakan Fahmi Fadzil dipuji, harap kes jenayah siber alami penurunan
Semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar sudah pun diarah memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
MCMC yang diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi berkata, penguatkuasaan itu selaras keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet di negara ini, mesti mematuhi undang-undang Malaysia.
Susulan inisiatif berkenaan, ada netizen yang berpendapat langkah tersebut merupakan satu perkara penting dan sangat utama untuk rakyat di negara ini.
”Akhirnya guys, satu benda penting yang sangat utama untuk rakyat Malaysia yang akan dilaksanakan dalam negara kita.
”Kalau korang nak tahu fakta dan datanya adalah sebanyak 34,497 kes scam yang membabitkan lebih RM1.2 bilion kerugian dalam negara kita.
”Hari ini atas inisiatif usaha dan keprihatinan Menteri Komunikasi YB Fahmi Fadzil dan juga kerjasama sokongan daripada Kerajaan Perpaduan, maka ada satu kerangka kawal selia yang akan diperkenalkan pada 1 Ogos depan dan dikuat kuasakan pada 1 Januari 2025.
”Jangan risau guys, ini hanya untuk penyedia platform dan bukannya kepada pengguna. Jadi dengan kuat kuasanya perkara ini, kita harap akan turunlah jenayah-jenayah siber,” katanya di TikTok.
Untuk rekod, sebelum ini Fahmi memberitahu, kementerian dan agensi di bawahnya akan menetapkan syarat untuk melesenkan pengoperasian media sosial, memandangkan kini platform terbuka itu beroperasi di negara ini secara tidak berdaftar.
Satu kajian serta penelitian turut dijalankan Kementerian Komunikasi menerusi MCMC tahun lalu, bagi menjayakan usaha daftar dan perlesenan ini, termasuk kepada penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok.
Penelitian atau kajian itu merangkumi pelbagai perkara termasuk implikasi dari sudut dasar terhadap perkhidmatan, aspek pelaburan dan perdagangan, kaedah percukaian serta aspek keselamatan pengguna di Malaysia.
BACA JUGA http://Dipuja sebagai ‘penunggang motosikal paling cantik’, ini akhirnya nasib MotoTanya
Â