Alami masalah pendarahan dalaman lagi, ADUN Mahkota kritikal

Selepas empat bulan dimasukkan ke hospital bagi merawat masalah pendarahan dalaman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota kini dilapor kritikal menghidap penyakit sama.

Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang sedang dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang.

Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah, beliau dimaklumkan keadaan Sharifah Azizah itu oleh beberapa Wanita UMNO Johor, pagi tadi.

“Ya, betul. Keadaan Datuk Sharifah Azizah kini dilaporkan kritikal akibat pendarahan dalaman.

“Saya dan beberapa ahli Wanita UMNO Batu Pahat akan segera ke Hospital Kluang petang ini bagi menziarahi beliau,” lapor BH.

Sharifah Azizah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.

Beliau juga sebelum itu merupakan ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022 lalu.

Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO Pontian, Hasrunizah Hassan, yang juga ADUN Pulai Sebatang berkata, Sharifah Azizah pernah dimasukkan ke hospital, Mac lalu bagi merawat masalah pendarahan dalamannya.

“Kami jangka isu kesihatan Sharifah Azizah sudah diatasi selepas dibenarkan keluar hospital beberapa bulan lalu.

“Namun, sangat terkejut apabila pagi ini. Keadaan beliau dilaporkan kritikal.

“Saya mendoakan kesihatan beliau akan pulih dan sedang mendapatkan maklumat lanjut, sebelum ke Hospital Kluang untuk menziarahinya,” ujarnya lagi.

BACA JUGA Selepas MP Pas kecoh tiang kabel macam roket, ini luahan hati wanita Kelantan

Â