Benarkah prestasi ringgit terbaik di Asia selepas India?
Oleh AHMAD MURSI
Dalam tempoh enam bulan, ringgit mengukuh berbanding semua negara ASEAN – Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, Brunei dan lain-lain.
Begitu juga dengan India, China, Korea, Ukraine, Jepun, USD, Euro, Jordan, Saudi, Canada, US, New Zealand, Australia.
Pembangkang terjerit-jerit gembira apabila ringgit lemah tetapi bisu apabila ringgit semakin kukuh.
Data-data ekonomi menunjukkan kita di landasan yang betul. Persepsi negatif dibina pembangkang seolah-olah negara kita makin teruk hingga perlu ‘tebuk atap’.
Terpulang pada kita nak jadi bijak membaca data-data dan fakta atau bodoh dengan permainan sentimen sempit pembangkang.
‘Pendusta dikata benar, yang benar dikata dusta’. Itulah tahun-tahun tipu daya yang Nabi Muhammad SAW sebut akan berlaku pada akhir zaman.
Tidak salah untuk semak dan imbang tetapi biarlah dengan fakta yang benar.
Katakanlah yang benar. Yang salah, katakan salah supaya tidak berjangkit dengan penyakit yang Nabi Muhammad SAW ingatkan.
Semoga Malaysia makin makmur, insyaAllah.
Yang penting, mesti ada pemimpin yang Qawiyul (kompeten) & Amin (amanah). YB Johari kata: “Beri Anwar masa 10 tahun, rakyat Malaysia akan berbangga dengan negara”.
Jika hati rasa sakit bila negara jadi semakin makmur, rawatlah hati itu dengan perbanyakkan rasa syukur agar hidup lebih tenang.
BACA JUGA Tindakan Fahmi Fadzil dipuji, harap kes jenayah siber alami penurunan
Â