Pejabat PMO tuntut penjelasan Meta turunkan gambar pertemuan PM dan Ismail Haniyeh
Pejabat Perdana Menteri mengecam tindakan pihak Meta menurunkan hantaran Instagram ketika pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin kanan Hamas di Doha, Qatar pada Mei lalu.
Dalam satu kenyataan, Media & Komunikasi Strategik PMO menuntut satu penjelasan berhubung perkara tersebut dan meminta Meta memohon maaf.
Ia menyatakan tindakan tersebut jelas satu diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu.
Dalam hantaran di Facebook rasmi PMO Malaysia, dua tangkap layar disertakan yang membuktikan Meta telah menurunkan hantaran berkaitan pertemuan tersebut.
Tertera tarikh Instagram menurunkan hantaran itu adalah pada 30 Julai 2024 iaitu semalam
Alasan yang diberikan pula adalah; “Anda berkongsi atau menghantar simbol, pujian atau sokongan orang dan organisasi yang kami takrifkan sebagai berbahaya”.
Hari ini juga negara dikejutkan dengan pembunuhan pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh yang didakwa terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran’.
BACA JUGA Mat Sabu masih terkejut, sifatkan sahabatnya pemimpin gigih berjuang bebaskan Palestin