Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh di Iran
Pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh ekoran serangan bom ke atas tempat tinggalnya di Iran.
Dalam kenyataannya hari ini, Rabu, Hamas percaya, ia adalah serangan bom yang dilakukan Israel.
Turut meninggal dunia adalah seorang pembantu Ismail selepas rumah yang menempatkan beliau diserang.
Ismail berada di Iran untuk meraikan perlantikan Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian yang mengangkat sumpah semalam.
Ismail sebelum ini dilantik sebagai Presiden Palestin selepas menang pilihan raya 2006 namun dijatuhkan setahun kemudian.
Sebelum ini Presiden Ebrahim Raisi meninggal dunia selepas helikopter yang beliau naiki terhempas di sebuah kawasan pergunungan di Iran.