‘Penjimatan itu akan kembali kepada rakyat untuk dinikmati’
Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Abang Botak menyifatkan Kerajaan Perpaduan mengambil tindakan tidak populis kerana ingin membantu rakyat di negara ini.
Dalam videonya itu, pemuda tersebut berhasrat menjelaskan kepada orang ramai tentang subsidi dan subsidi bersasar.
”Guys pertama sekali kena faham apa itu subsidi? Subsidi ini bukan pembiayaan penuh, tetapi bantuan diberikan kepada rakyat untuk meringankan beban mereka.
”Apa pula subsidi bersasar? Ia adalah untuk memastikan subsidi ini dapat kepada golongan atau kumpulan sasaran yang tepat atau yang layak.
”Sebelum ini golongan maha kaya, kereta besar, mewah, malahan orang asing juga menikmati subsidi ini.. betul tak?,” soal beliau di laman sosialnya itu.
Lelaki itu menjelaskan, subsidi bersasar juga dapat memberikan penjimatan besar kepada kerajaan dan negara.
Katanya, penjimatan itu juga akan dikembalikan kepada rakyat untuk dinikmati.
”Kepada petani dan pekebun kecil, pertama sekali daftar GeoAgro iaitu maklumat yang diperlukan kerajaan untuk menilai siapakah yang layak menikmati subsidi berkenaan.
”Selepas daftar GeoAgro, petani dan pekebun kecil daftar pula Budi Madani Komoditi supaya yang mana layak, dapat bantuan RM200 untuk menampung perbezaan harga minyak diesel semasa yang tanpa subsidi ini.
”Walaupun kecil, bantuan ini pasti dapat meringankan beban dan kita tahu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu membuat kenyataan petani dan pekebun kecil yang menggunakan jentera diesel layak untuk mendapat bantuan subsidi bersasar ini,” ujar beliau lagi.
Pada 10 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi adalah untuk menyelamatkan negara.
Katanya, beliau sedar langkah tersebut akan ‘dihentam’ habis-habisan, namun perlu dilaksanakan kerana tidak ada pilihan lain.
“Kita terpaksa ambil beberapa tindakan tidak popular untuk selamatkan negara.
”Siapa mahu penyasaran subsidi ini? Kena tahu apa pun kita lakukan, kita akan dihentam habis-habisan dengan segala fitnah dan penipuan,” kata Anwar.
BACA JUGA Pilihan Raya Presiden Venezuela: ‘Terima kasih jemput saya sebagai pemerhati’
Â