Video Fahmi Fadzil naik turun tangga tarik perhatian

Rakaman pendek Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang naik turun tangga ketika menerangkan perihal ekonomi semasa negara menuai perhatian rakyat.

‘Konten’ ringkas tentang inflasi negara yang rendah, serta harga getah dan sawit yang meningkat, mudah difahami ramai.

Dalam perkongsian itu, Fahmi menuruni dua kali anak tangga sebagai tanda hutang negara menurun dan inflasi menurun – di mana inflasi Malaysia setakat Jun tahun ini kekal pada 2.0.

Beliau kemudian menaiki satu per satu anak tangga, mewakili harga getah yang naik sehingga RM4 tahun ini (berbanding RM2.20) pada tahun 2022 sebelum Perdana Menteri mengambil alih Putrajaya.

Selain itu, harga sawit mula meningkat, nilai ringgit melonjak dan pelaburan semakin memberangsangkan. 

Ringgit telah muncul sebagai mata wang kedua berprestasi terbaik di rantau Asia

Dalam video tersebut, Fahmi juga menyentuh mengenai perdagangan yang meningkat.

Setakat 4 bulan pertama pada 2024, jumlah dagangan Malaysia berkembang 8.3 peratus kepada RM912.27 bilion. Kerajaan berjaya memperoleh lebihan dagangan sebanyak RM41.8 bilion.

Apa yang penting kata Fahmi, gaji rakyat juga akhirnya akan naik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, iaitu tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, beberapa pengguna mengakui penjelasan dibuat menteri sangat ringkas dan mudah difahami.

“Terbaik YB. Buat banyak-banyak konten ringkas, mudah difahami sebab ada yang malas baca fakta dan data panjang-panjang lepas tu melalak cakap hidup susah,” kata Amran.

“Terbaik YB & menteri-menteri semua. Terima kasih kerja keras semua,” kata Adam Zikri pula.

BACA JUGA Pejabat PMO tuntut penjelasan Meta turunkan gambar pertemuan PM dan Ismail Haniyeh

Â