Cara buat kerja macam dah jadi wakil rakyat, siapakah dia?
”Syabas orang muda! Sangat prihatin. Dia pun tak jangka akan jadi calon tiga tahun akan datang.”
Itu ‘penilaian’ yang dilakukan seorang netizen di TikTok yang menggunakan nama Mohd Muhaimin terhadap calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.
Dalam videonya itu, Mohd Muhaimin turut mengimbau kembali jasa membantu rakyat yang telah ditaburkan Azmawi ketika negara dilanda wabak Covid-19.
”Zaman Covid-19 lagi Azmawi dah turun ke kawasan, masuk kampung keluar kampung bantu mereka yang memerlukan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, PKP 2.0 dan PKP 3.0.
”Syabas orang muda! sangat prihatin, cara dia buat kerja macam dah jadi wakil rakyat. Terbaiklah Azmawi!,” katanya.
Susulan prestasi positif yang ditunjukkan Azmawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Muhaimin berpendapat pengundi Gua Musang sepatutnya memilih beliau.
”Orang macam inilah orang Gua Musang kena pilih.. jom undi BN.. berilah peluang kepada beliau untuk terus membela nasib rakyat di Gua Musang,” serunya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK Nenggiri masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.
Kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan selepas ADUN, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
Pada 18 Julai lalu, BN Kelantan mengumumkan Mohd Azmawi sebagai calon PRK kali ini, manakala Perikatan Nasional (PN) pula mempertaruhkan calon Mohd Rizwadi Ismail yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang.
BACA JUGA Himpunan Solidariti Palestin, AMANAH arah ahli seluruh negara turut serta
Â