Himpunan Solidariti Palestin, AMANAH arah ahli seluruh negara turut serta

Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil, 4 Ogos ini pada jam 8 malam akan turut disertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung parti, Muhammad Faiz Fadzil menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu, menurut Faiz semua pemimpin diminta mengarahkan ahli parti dari seluruh pelusuk negara untuk menyertai himpunan tersebut.

”Setiap negeri diwajibkan menghantar minima 100 peserta.

”AMANAH akan bersama-sama menyertai himpunan ini bagi menunjukkan solidariti di atas kesyahidan pemimpin utama Hamas, Ismail Haniyeh dan juga kepada perjuangan rakyat Palestin.

”Presiden parti, iaitu Datuk Seri Mohamad Sabu merupakan pengerusi sambutan ini,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mohamad Sabu

Semalam, dunia digemparkan dengan pembunuhan Haniyeh di Tehran dalam serangan rejim haram Zionis ke atas kediaman pemimpin berkenaan sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.

Malaysia turut mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Haniyeh yang juga bekas Perdana Menteri Palestin itu serta seorang pengawal peribadinya.

BACA JUGA Masjid, surau disaran laksana solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini

Â