Meta usah jadi bacul, perkakas Zionis!, kata PM Anwar
Sejak semalam kecoh apabila beberapa hantaran mengenai pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh yang dipercayai dibunuh oleh rezim zionis, diturunkan syarikat induk Meta.
Bukan sahaja hantaran di Instagram, bahkan Facebook juga. Harapandaily sendiri mengalami perkara itu, beberapa kali mendapat amaran Meta berkait hantaran Ismail Haniyeh.
Tidak terlepas, sosial media milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengalami perkara sama.
Beberapa video dan gambar di Instagram serta Facebook beliau telah diturunkan.
Anwar dalam kenyataan terbarunya pagi ini, memberi amaran paling tegas terhadap Meta susulan tindakan biadab dan menghina perjuangan rakyat Palestin.
Beliau menganggap ia satu penghunaan kepada rakyat Palestin apabila menurunkan hantaran video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Almarhum Ismail Haniyeh.
“Tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.
“Peringatan tegas saya terhadap Meta – usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!,” katanya dalam satu kenyataan.
Anwar menyertakan beberapa tangkap layar, menunjukkan ‘posting’ dibuatnya semalam telah disekat oleh Meta.
Kenyataan beliau di Facebook yang mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas antara yang telah diturunkan.
Video ucapan takziah yang dibuatnya juga telah diturunkan. Malah gambar pertemuannya dengan Ismail pada Mei tahun ini, turut hilang.
BACA JUGA Pejabat PMO tuntut penjelasan Meta turunkan gambar pertemuan PM dan Ismail Haniyeh
BACA JUGA Patutlah budak sekarang nak jadi TikTokers, buat 3 video je boleh dapat RM80k
Â