Patutlah budak sekarang nak jadi TikTokers, buat 3 video je boleh dapat RM80k

Siapa sangka bayaran untuk tiga video ulasan berbayar (paid review) yang dihasilkan oleh pempengaruh atau pencipta kandungan boleh mencecah sehingga RM80,000.

Ini bermakna satu kandungan yang dibuat, dibayar sekitar RM26,000. 

Tidak keterlaluan jika dikatakan bayaran diterima hampir menyamai atau melebihi gaji bulanan diterima seorang ketua pegawai eksekutif atau CEO.

Terdengar agak mustahil namun itulah realiti yang didedahkan seorang pengguna TikTok bernama Adalyna.

Menurut ceritanya, dia mempunyai rakan yanf bekerja dalam industri media dan mendakwa rakannya itu pernah membayar sebesar RM80,000 kepada ‘content creator’ bagi membuat tiga kandungan video.

“Kawan saya ni memang kerja dalam bidang media. Dia cerita, baru ‘sign’ kontrak untuk bayar agensi sebanyak RM80,000 untuk tiga ‘content’. 

“Bayangkan tiga ‘content’ anda boleh dapat RM80,000. Saya cakap tiga ‘content’ bukan 30 ‘content’. Jadi maksudnya nilai untuk satu ‘content’ itu RM26,000 lebih. Engkau rasa? Terduduk ‘sister’ waktu tu,” katanya.

Adalyna berkata, harga setinggi itu membuktikan ada pihak yang sanggup membayarnya kepada pembuat kandungan atau ‘content creator’.

“Faktanya ialah, dia dah ‘sign’ kontrak untuk bayar RM80,000 untuk tiga ‘content’ sahaja. Membuktikan memang ada orang sanggup bayar sebanyak itu untuk penciptaan kandungan,” katanya.

Pada akhir video itu pula, wanita itu merancang untuk mewujudkan pasukan sendiri terdiri daripada penyunting video, pembuat kandungan, ‘content strategist’, dan hos secara langsung (live host).

Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas, bahkan ada yang berpandangan bayaran dikenakan untuk kandungan itu adalah setimpal.

“Agak logik juga untuk RM26,000 satu ‘content’ sebab nak ‘shoot’, sunting dan ‘brainstorming’ dengan pasukan sendiri. Dia kena bayar untuk pasukan dia juga,” kata seorang pengguna TikTok.

“Sejujurnya kiraan itu murah,” komen pengguna lain.

BACA JUGA Manifesto ‘MamaKerja’ berjaya ditunaikan, lebih 4,000 ibu bekerja terima RM1k