Tu dia boss punya sempoi! Seronok tengok video Steven bergurau dengan staf

Nama Steven Sim Chee Keong pastinya sudah tidak asing lagi apabila umum mengetahui sosok tubuh anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang itu seorang yang suka berpantun.

Bukan itu sahaja, malah Sim yang juga Menteri Sumber Manusia (KESUMA) turut dikenali sebagai seorang yang mudah mesra dengan orang ramai.

Baru-baru ini, terdapat satu video di TikTok Sim yang memaparkan beliau beramah mesra dengan kakitangan kementeriannya sebelum berakhirnya waktu pejabat.

”Selamat petang… tengah call dengan siapa?,” sergah Steven kepada salah seorang kakitangannya.

”Tengah call staf saya,” kata wanita itu.

Sim kemudian dilihat mengambil telefon itu dan berbual dengan staf tersebut.

”Hello apa khabar? Tak ada apa, saja tanya khabar.. saja nak sampaikan salam.. okay nanti saya pulangkan telefon..,” katanya sambil bergurau.

Selepas itu Sim yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, ‘menjelajah’ lagi di sekitar tingkat empat bangunan KESUMA itu.

Kali ini, beliau menyapa seorang wanita yang meletakkan botol air di atas meja.

Uihh, dia punya bekas air besar.. tapi dah nak sampai pukul 5 dah.. nampak macam tak minum lagi pun?

”Buat syarat,” balas wanita itu sambil tersenyum.

Sebelum melangkah ke meja seterusnya, Sim sempat memesan kepada kakitangannya itu agar banyakkan minum air.

Akhir sekali, ahli politik dari Pulau Pinang itu terus bertanya khabar kepada kakitangannya yang sedang mengandung.

”Kandungan sudah berapa bulan?

”Sudah lapan bulan.

”Sangat hampir dah.

”Tarikh dah ada?

”Tarikh 6 September.

”Dia dalam tempoh Merdeka dan bulan Hari Malaysia. Tahniah.. semoga dipermudahkan segala urusan,” ucap beliau dalam ‘lawatannya’ itu.

Menjengah di ruangan komen TikTok Menteri KESUMA itu, rata-rata warga maya memberikan reaksi positif terhadap apa yang dilakukannya.

”Aduhai, beruntung sungguh staf kat KESUMA. Menteri layan semua macam kawan-kawan dia ja. Dalam pada sibuk mengalas amanah, YB Steven tetap menyantuni staf dia senantiasa. Respect you sir!,” puji Han’s Tokey.

”Bila boss besar turun and mesra dengan staf…kita akan rasa dihargai,” tulis Hnim CY.

”Tu dia boss punya sempoi, baru boleh kerja dengan senang hati kalau boss macam ni punya rancak sporting.. Terbaik YB! #JalanTeruih,” kata Kimi Penang.

BACA JUGA ‘Tak ramai orang macam Anwar’, Dr MAZA puji keberanian, kesungguhan PM

Â