Cara nak mudah faham sebab ringgit mengukuh

Oleh AHMAD MURSI

Graf merah ini MYR/USD trend ringgit dari 2007 hingga 2024. Makin turun, makin lemah ringgit.

Graf hijau pula USD/MYR diukur dari 2003 hingga 2024. Makin naik, makin lemah ringgit.

Ada yang tertukar turun naiknya. Dua-dua sama saja.

Ramai bangkitkan nostalgia ringgit dulu-dulu RM3.50-RM3.80. Tapi tidak lihat graf itu untuk tempoh lebih lama.

Ringgit jatuh antara 2013 ke 2017 itu ketara. Paling tinggi 2.97, paling lemah 4.40. Puncanya kejatuhan harga minyak dunia dan kes 1MDB. Kemudian bergerak sideways.

Antara 2022 hingga 2023, kadar dasar semalaman (OPR) kita rendah (3%) berbanding US (5.5% paling tinggi dalam tempoh 23 tahun) sebab inflasi kita berjaya turun dari 4.7% ke 1.5% tetapi US masih tinggi 5% ke 6.5%.

Itu menekan ringgit kerana lebih ramai nak simpan dalam dollar berbanding ringgit untuk kadar faedah lebih tinggi.

Walhal, ekonomi kita makin baik. Tujuh kali dah OPR, kita tidak bergerak 3%.

Pada 2024, ramai jangka interest US akan turun kerana inflasi dah turun 3.1% Jun lepas.

Apabila beza kadar faedah rendah antara Malaysia-US, ekonomi kita pula makin baik, ringgit akan mengukuh.

Bukan berbanding USD sahaja, hampir semua negara jiran dan banyak negara lain dalam enam bulan terakhir ini.

Ni hanya cakap-cakap nak mudah faham. Bukan artikel ekonomi.

Â