Maulidur Rasul bertindih dengan Hari Malaysia, ada cuti gantian automatik?
Walaupun hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia bertindih pada 16 September, tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja, keesokannya.
Hal tersebut diumum dalam laman sesawang Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Ia berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am yang bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.
“Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu,” menurut pengumuman itu lagi.
Â