Besar sangat nak berjemput, PN dikecam sebut jangan bersikap talam dua muka
Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari dikecam selepas memberitahu tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri Himpunan Solidariti Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, esok.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga dihujani cemuhan apabila ‘menasihatkan’ kerajaan agar tidak bersikap talam dua muka dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Reaksinya yang dilapor Sinar Harian itu turut menyebut dia berada di Qatar mewakili Pas dan PN bagi menghadiri majlis pengebumian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
Rata-rata pengguna media sosial menyelar kenyataan Fadhli yang dilihat ‘menganjing’ selain menganggap pemimpin Pas itu sebagai kurang cerdik.
Antaranya, pemerhati politik Najib Bakar yang mengingatkan Fadhli bagaimana terharunya ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim ketika dihubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Boleh tak kalau Fadhli Shaari tak tunjuk perangai kurang cerdik di waktu kita patut bersama bab pembunuhan (Ismail Haniyeh) itu?
“Hang tengok tak respon pimpinan Palestin, Dr Basem apabila PMX call?
“Beliau terharu dengan sikap PMX. Masa ni pun nak mengata kerajaan lagi? Benak ubi ka, apa hang ni ha?” tempelaknya di platform X.
Dalam masa sama, ada juga mengaitkan kenyataan Fadhli itu lahir daripada perasaan dengki selain sindiran perlunya permaidani merah dibentang.
“Bab ni pun nak menganjing? Kau besar sangat ke nak berjemput bagai? Orang lain pakai hebahan umum pun dah cukup. Susah kalau ada masalah hati ni,” cemuh @abahof4sya.
“Apa yang kau nak, Fadhli Shaari? Bentang karpet merah jemput kau masuk stadium? Kerajaan dah jemput rakyat jelata. Kau dan MP ISO yang lain sama level dengan rakyat,” tulis @AbdulAz67039163.
“Dia tu ada hasad dengki. Sebab itulah. Orang lain nampak tiang, dia nampak roket,” perli @DrAFKam merujuk kepada kenyataan Fadhli sebelum ini yang mendakwa bentuk tiang kabel di Jambatan Pulau Pinang menyerupai roket dipercayai cuba untuk mengaitkan DAP.
BACA JUGA ‘Tak bolehlah kata kalah di Sungai Bakap kalah juga di Nenggiri’
Â