PRK Nenggiri: Kalau pengundi masih boleh terima ‘silap mata’ macam ini…

”Orang Pas keluar Pas, masuk Bersatu, bertanding untuk Bersatu tapi pakai lambang Pas.”

Demikian kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad yang menzahirkan rasa ‘pelik’ terhadap calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail.

Untuk rekod, Mohd Rizwadi merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang yang bertanding pada PRK DUN Nenggiri 17 Ogos depan.

Khalid menyifatkan ia umpama satu pertunjukan silap mata.

”Dia (Rizwadi) bertanding menggunakan lambang Pas, tetapi oleh kerana kerusi itu adalah kerusi Bersatu, maka dia ini ahli Pas, dia keluar Pas.

”Kemudian dia masuk Bersatu dan baru dua hari menyertai Bersatu, maka dia dinamakan sebagai calon untuk PN dengan menggunakan lambang Pas.

”Nampak macam lain macam punya drama lah.. macam silap mata sikitlah.. Tak pelik ke orang tengok?

“Mainan yang agak kelakar,” bidas Khalid dalam rancangan temubual di Jom Channel malam tadi yang bertajuk Nenggiri Milik Perpaduan?

Susulan ‘drama’ tersebut, beliau berpendapat bahawa Bersatu sememangnya parti yang lemah kerana tidak mempunyai calon sendiri.

”Bagi saya itu menunjukkan sebenarnya parti Bersatu ini memang sangat-sangat lemah. Tak boleh ada calon sendiri, dia terpaksa pinjam calon daripada Pas.

”Pas pula dia reda ahli dia keluar daripada parti. Kalau pengundi masih boleh menerima drama dan silap mata sebegini, saya pun agak hairanlah,” kata Khalid lagi.

PRK DUN Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lalu.

Kerusi DUN Nenggiri sebelum ini disandang oleh Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu, namun keahliannya telah digugurkan pada 13 Jun lalu.

PRK kali ini akan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Mohd Rizwadi.

BACA JUGA Yakin Awi berwibawa rampas kembali Nenggiri

Â