Tak habis-habis menipu, ‘kantoi’ dia letak carta pai tiada kaitan dengan tuduhan
Nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali menjadi sebutan warga maya apabila ‘kantoi’ meletakkan carta pai yang tiada kaitan dengan tuduhan.
Ahli Parlimen Muar itu mendakwa kononnya berlaku 40 kali ganda peningkatan kandungan politik diturunkan di media sosial.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkenaan berkata, kerajaan telah menyekat kritikan politik.
Bagaimanapun, imej sepintas lalu yang muncul bersama tuduhan Syed Saddiq itu hanya statistik perbandingan kandungan memudaratkan antara tahun 2022 dan 2023.
Kandungan memudaratkan yang terdiri daripada kategori pornografi, berita palsu, jelik, mengancam serta scam dan penjualan haram itu tiada kaitan langsung dengan dakwaan yang dilemparkannya.
Dalam masa sama, dia juga mendakwa Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kononnya melakukan ‘taichi’ berhubung soal kehadiran dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas yang melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Rata-rata berpendapat Syed Saddiq tidak habis-habis menipu selain mengaitkan dengan kontroversi bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu tidak menghabiskan larian (DNF) dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, bulan lalu.
Selain itu, ramai juga mendesak Syed Saddiq mendedahkan butiran laporan audit untuk kutipan dana bagi mangsa banjir pada Disember 2021 yang heboh menjadi pertikaian dalam kalangan ahli parti Muda.
Kecaman dan sindiran orang ramai itu membanjiri ruangan komentar dalam hantaran Syed Saddiq di X semalam.
“DNF dan audit banjir… Majoriti rakyat dah tak percaya pada kuda trojan atok lagi,” tulis pengguna X, @sirsazly.
“Audit banjir yang kau janji nak dedah pun dah nak masuk ulang tahun ketiga masih tak timbul-timbul. Kau nak auta pasal kehadiran dalam sesi libat urus? Larian pun kau skip lepas tu claim menang tempat ketiga. Betullah kau ni Drama Queen!” selar @amer7211.
“Memang jadi tanggungjawab MCMC mohon pada penyedia media sosial untuk padam posting yang bertentangan dengan PC (Kanun Keseksaan) 504, SA (Akta Hasutan) 1948 & CMA (Akta Komunikasi dan Multimedia) 1988. Bukan saja MCMC, malah setiap pemilik akaun berhak mohon sedemikian. Kau ni MP untuk rakyat dan negara atau jurucakap jenayah siber?” tempelak @AbdulAz67039163 pula.
BACA JUGA Selepas hampir 3 bulan disimbah asid, Faisal kembali tampil beraksi
Â