10 pasport paling berkuasa di dunia, kedudukan Malaysia paling ramai nak tahu
Buat kali pertama, Singapura menduduki tempat teratas dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia untuk tahun 2024, mengalahkan lima negara yang lain.
Erti kata lain, rakyat Singapura kini bebas menikmati kemasukan tanpa visa ke 195 daripada 227 destinasi.
Menurut data terkini yang diterbitkan oleh Indeks Pasport Henley pada Julai 2024, lima negara – Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Sepanyol – jatuh ke tempat kedua, dengan kemasukan tanpa visa ke 192 destinasi.
Negara-negara itu dan Singapura sebelum ini berkongsi tempat teratas dengan kemasukan bebas visa ke 194 daripada 227 destinasi pelancongan, menurut kedudukan diterbitkan indeks itu Januari 2024.
Menduduki tempat ketiga, laporan itu meletakkan tujuh buah negara yang berkongsi kedudukan sama.
Negara-negara berkenaan adalah Austria, Finland, Ireland, Luxembourg, Belanda, Korea Selatan dan Sweden – dengan akses ke 191 destinasi tanpa visa.
Tidak tertinggal jauh, pemegang pasport Malaysia pula berkongsi tempat bersama dua negara lain iaitu Cyprus dan juga Liechtenstein untuk menduduki tangga ke-12.
Senarai 10 Pasport Paling Berkuasa di Dunia
1. Singapura (195 destinasi)
2. Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Sepanyol (192 destinasi)
3. Austria, Finland, Ireland, Luxembourg, Belanda, Korea Selatan, Sweden (191 destinasi)
4. Belgium, Denmark, New Zealand, Norway, Switzerland, United Kingdom (190 destinasi)
5. Australia, Portugal (189 destinasi)
6. Greece, Poland (188 destinasi)
7. Kanada, Republik Czech, Hungary, Malta (187 destinasi)
8. Amerika Syarikat (186 destinasi)
9. Estonia, Lithuania, Emiriah Arab Bersatu (185 destinasi)
10. Iceland, Latvia, Slovakia, Slovenia (184 destinasi)
**
12. Malaysia (berkongsi tempat dengan Liechtenstein) (182 destinasi)
BACA JUGA Selepas hampir 3 bulan disimbah asid, Faisal kembali tampil beraksi