Alahai sejak bila pula BNM cetak duit dengan gambar Agong tersenyum
Kecoh di media sosial sejak beberapa hari lalu berhubung gambar Yang di-Pertuan Agong MaIaysia pertama yang didakwa dicetak pada duit RM50 dengan wajah yang tersenyum.
Selepas dibandingkan dengan not RM50 yang lain, ternyata rupa-rupanya wajah Agong tersenyum adalah duit palsu.
Perkara itu ditularkan seorang pengguna Facebook yang tampil memberi amaran agar orang lain tidak tertipu akan not palsu seperti itu.
“Siapa yang terima wang kertas zaman sekarang perlu lebih berhati-hati terutama not RM50 dan RM100. Ingat! Perlu semak baik-baik.
“Ingat, jangan terambil not yang memaparkan gambar Agong tersenyum. Ia merupakan not palsu,” kata individu menggunakan nama Annz Qsta Yong.
Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna lain yang memberi peringatan sama agar berjaga-jaga ketika menerima duit dari mana-mana pihak.
“Zaman sekarang ramai suka buat barang klon, termasuk duit untuk untung. Hati-hati semua, not RM50 memang banyak isu, ada yang sengaja ‘print’ guna kertas A4,” pesan Aien.
“Peniaga macam saya selalu dapat duit palsu dari pembeli, tak tahulah mereka sengaja atau mereka pun tak perasan itu duit palsu,” kongsi Normala.
BACA JUGA Adakah Meta akan ganggu ‘live’ Himpunan Pembebasan Palestin esok?