Axiata Arena bergema! Ribuan laung “Free Palestin” sambut ketibaan Anwar

Orang ramai mula melaungkan “Bebas Palestin” sejurus sosok pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Axiata Arena sekitar jam 9.30 malam ini.

Anwar hadir bagi menyertai Himpunan Pembebasan Palestin yang diadakan untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin.

Ketibaan Anwar disambut tetamu kenamaan termasuk Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta laungan “Bebas Palestin” dan “Free Palestin” oleh ribuan hadirin yang memenuhi dewan tertutup itu.

Perdana Menteri menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan itu, untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin bersama beberapa pemimpin lain.

Antara program diatur pada himpunan bermula seawal 6 petang ini ialah Pidato Solidariti Palestin, solat maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Khamis lalu, Anwar berkata himpunan solidariti berkenaan adalah antara tindakan bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan menyokong Palestin.

BACA JUGA Salah! Ringgit terkuat di Asia bukan kerana Anwar, tapi kerana ini

Â