Tunggu Allah turunkan hujan untuk penuhkan balik empangan, kata Sanusi
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tiga empangan di negeri Kedah yang dilaporkan menyusut hanya boleh penuh kembali jika Allah turunkan hujan.
Katanya, manusia tidak boleh buat hujan sendiri, maka perlu berdoa supaya Allah turunkan hujan.
“Tunggu Allah turunkan hujan. Kita manusia tak boleh buat hujan sendiri, doa kepada Allah (supaya) turun hujan. Allah akan perintah malaikat turun hujan.
“Hujan mari, penuh balik takungan tu, tanya penyelesaian manusia kepada kerja tuhan, memang tak ada, manusia tak boleh buat, tunggu tuhan beri,” katanya kepada pemberita ketika program sarapan pagi bersama Menteri Besar Kedah, di Renok di sini, hari ini.
Sebelum ini, Sanusi menolak dakwaan penyusutan takungan air empangan di negeri itu disebabkan aktiviti pembalakan.
Katanya, kemarau yang panjang menjadi penyebab kepada penyusutan air berkenaan selain penyaluran air serentak untuk kegunaan pertanian, domestik dan industri.
Bernama sebelum ini melaporkan, paras air di Empangan Muda berbaki lapan peratus, Empangan Pedu (39.09 peratus) dan Empangan Ahning (81.80 peratus), dengan purata keseluruhan takungan air bagi ketiga-tiga empangan ialah 43.68 peratus.
Ditanya sekiranya penyusutan air empangan berkenaan memberi kesan kepada aktiviti pertanian, Muhammad Sanusi berkata isu tersebut tidak memberi kesan.
“Musim penggunaan air, dah dibuang daripada bendang, jadi sungai-sungai MADA penuh air sekarang ini,” katanya.
BACA JUGA Dah terlambat nak minta maaf, menusuk kata-kata bapa Allahyarham Zulfarhan