Bukan hanya dolar, ringgit mengukuh berbanding banyak negara lain

Oleh AHMAD MURSI

“Ringgit naik sebab USD lemah” kata walaun tercari-cari dalil burukkan PMX dan Madani.

Walhal, ringgit mengukuh bukan berbanding USD sahaja, tetapi banyak negara utama dan hampir semua negara jiran.

Matawang lain pula banyak juga jatuh berbanding USD, walaupun USD jatuh tetapi prestasi ringgit terbaik di Asia.

“RM3.80 dulu kau jerit negara nak bankrap, RM4.40 kamu kata kukuh” kata walaun zahirkan kejahilan.

Konteksnya, bila tengok carta pada September 2014, dalam tempoh SETAHUN, ringgit jatuh dari 3.15 hingga 4.48 iaitu 42% (jatuh RM1.33). Banyaklah puncanya.

Sebagai pembangkang yang bertanggungjawab waktu itu, tentulah perlu suarakan kebimbangan.

Ustaz-ustaz Pas pula tak bercakap kerana tak faham perihal ekonomi. Mereka hanya bising untuk main isu agama, jadi sekutu Pas yang banyak bercakap sama seperti yang berlaku hari ini.

Berita yang kata ringgit terkuat dalam tempoh 14 tahun, itu kerana kenaikan ringgit berbanding dolar dalam tempoh 10 hari berturut-turut yang mana terakhir pernah berlaku 14 tahun dulu. Jumaat lepas, 2 Ogos sahaja naik 1.6%.

Bagi yang ‘berdagang’ saham/forex, peratusan naik/turun itu yang penting tentukan untung/rugi. Bukan nilai mutlak sama ada RM3.80 atau RM4.40.

Saya tidaklah mempromosi trading forex kerana saya berpegang kepada pendapat ianya haram disebabkan matawang hanyalah ‘instrumen tukaran’ dan bukan ‘barang dagangan’ seperti pegangan saham. Hanya nak beritahu hakikatnya begitu.

BACA JUGA Isu Kampung Sungai Baru: Pemilik hantar surat kepada PM Anwar

Â