Kerajaan umum kaedah kasar dahulu SSPA bulan ini

Perdana Menteri berkata, kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijanjikan tertinggi dalam sejarah negara sejak merdeka akan diumumkan secara kaedah ‘kasar’ terlebih dahulu, pada bulan ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berkata, perincian selengkapnya seperti mana yang dijanjikan kerajaan akan diumumkan melalui Belanjawan 2025, Oktober depan sebelum ia dilaksanakan 1 Disember nanti.

“Dalam tempoh beberapa minggu ini, kita akan mengumumkan kaedah kasar yang membuktikan dalam sejarah Malaysia, walaupun ada suara pembangkang yang tidak pernah reti bersyukur dan menerima kenyataan, namun percayalah apabila saya umumkan bulan Ogos ini.

“Lengkapnya (perincian) seperti mana saya janjikan pada Oktober dan dilaksanakan 1 Disember ini,” katanya dalam ucapan pelancaran Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI (PPAM MADANI), hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri berkata, tiga perkara ditekankan dalam menyelaraskan gaji penjawat awam iaitu disebabkan tiada kajian menyeluruh kenaikannya sejak 12 tahun lalu selain bagi mengiktiraf peranan penjawat awam.

Beliau berkata, melalui penyelarasan gaji ini, kerajaan juga mahu khidmat penjawat awam jauh lebih baik setimpal dengan kenaikan gaji mereka.

BACA JUGA

Â