Mamat ‘fries’ jadi kegilaan perempuan berniqab pula, Jabatan Agama boleh dah ambil tindakan
Baru-baru ini tular satu video di platform X memaparkan sekumpulan anak muda yang terdiri daripada lelaki dan perempuan sedang berborak mengenai ‘perkenalan’ dalam kalangan mereka.
Menerusi video berdurasi dua minit itu, kesemua mereka dilihat ‘duduk santai’ sambil seorang wanita berbicara mengenai ‘mengapa’ dia perlu mengetahui tentang lelaki lain di situ, sedangkan dia hanya mahu ambil tahu tentang lelaki bernama Am.
”Jadi apa-apa Rara cuma nak tahu pasal Am dan why Rara nak kena rapat dengan yang lain? Rara tak kenal yang lain. Rara hanya kenal Am.
”Rara tak nak kenal yang lain? soal salah seorang lelaki di situ.
Selepas itu perempuan berkenaan menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya.
”Faham tak, Rara tak nak.. Rara tak nak kenal yang lain.. Rara nak kenal dengan Am..
Kemudian, lelaki yang dikenali sebagai Am itu menyatakan bahawa dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Rara.
”I faham okay I faham benda tu.. cuma I nak bagi ruang untuk you, peluang untuk you berkawan dengan yang lain juga untuk satu team..
”Kenapa? Azza tu bersungguh-sungguh nak berkawan dengan you tu.. betul you nak kawan dengan I je ok.. tapi dia orang pun kawan-kawan kita juga,” balas Am kepada Rara.
Namun berdasarkan video itu, Rara menyatakan dia datang ke sana untuk berbincang dengan Am ‘tentang mereka berdua’.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berasa kurang senang melihat aksi mereka, malah ada yang melihatnya sebagai sesuatu yang memalukan.
”Entah lah, nak habiskan tengok pun geli satu badan. Macam mana lah ada orang boleh layan.
”Aku pun tak faham program ini untuk apa? Tujuannya untuk rating je ni.. tapi bagi aku program ni tak ada faedah sama sekali..
”Tolonglah jangan pakai purdah… memalukan je Rara oiii!
”Sebab ni lah ramai yang pandang serong dekat niqabis.. orang lain berpurdah sebab tak nak dilihat, dia berpurdah untuk dilihat,” komen netizen.
Bukan sahaja mereka menerima kecaman, malah ada warga maya yang tag nama @DSDrNaim (Menteri Agama) @MyJAKIM, @fahmifadzil (Menteri Komunikasi) dan MCMC dengan pesanan agar mengambil tindakan segera.
BACA JUGA MP ponteng Parlimen selepas ini tak akan dapat elaun, silap hari bulan boleh hilang kerusi
Â