‘Nak pilih calon suami kena pandai, nak pilih calon wakil rakyat pun kena pandai’
Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri semakin dirasai apabila kedua-dua parti kini sedang sibuk dengan jentera masing-masing untuk meraih undi masyarakat.
PRK DUN Nenggiri 17 Ogos ini bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Untuk rekod, BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, manakala PN diwakili bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail.
Pastinya kedua-dua individu tersebut kini berada dalam radar pengundi demi memastikan kebajikan mereka dijaga oleh wakil rakyat yang dipilih.
Susulan itu, Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO, Shamellya Norazizi hari ini di TikToknya memberikan satu perumpamaan berkaitan ‘pemilihan’ wakil rakyat.
”Ini nasihat untuk perempuan-perempuan di luar sana.. kita ni kalau kahwin sudah semestinya kita mencari seorang lelaki yang boleh menjaga kita.. yang boleh menerima baik buruk, yang sentiasa boleh menyayangi kita dan membantu kita waktu susah dan bersama dengan kita tatkala senang.
”Sama juga macam nak pilih wakil rakyat.. Kalaulah kita boleh pilih wakil rakyat yang sememangnya boleh buat kerja dan cakna mengenai orang sekeliling, sudah tentu hidup kita pun akan senang.
”Maksudnya, nak pilih calon suami pun kena pandai, nak pilih calon wakil rakyat pun kena pandai.
“Sama balance, supaya hidup wanita ini tenang,” pesan beliau di laman sosialnya itu sempena PRK Nenggiri tidak lama lagi.
BACA JUGA ‘Keluar Bersatu mesti kena bayar ni…, warga maya sindir siapa tu?