Shamsul Azri Abu Bakar jadi KSN baharu
Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu berkuat kuasa 12 Ogos ini .
Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) itu menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bersara wajib berkuatkuasa 10 Ogos ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan bahawa Shamsul Azri, 55, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat.
Beliau juga menerima pendedahan dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya Universiti Cambridge, United Kingdom dan European Institute of Business Administration (INSEAD).
Pelantikan Shamsul Azri yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Shamsul Azri pernah bertugas di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pentadbiran Kerajaan Negeri.
“Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Tan Sri Mohd Zuki Ali di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.
“Penghargaan itu khususnya dalam usaha mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara dilaksanakan dengan jayanya,” menurut kenyataan itu lagi.
BACA JUGA Mengejutkan, ini rupanya jumlah ahli Bersatu Jeli yang keluar parti
Â