Netizen teruja Azizulhasni ‘review’ perkampungan olimpik, banyak juga fasiliti menarik
Beberapa perkongsian video Datuk Mohd Azizulhasni Awang berkenaan perkampungan atlet Malaysia di Olimpik Paris 2024 mencuri tumpuan ramai.
Ramai yang teruja mahu tahu keistimewaan di perkampungan tersebut dan tempat berehat untuk atlet-atlet negara kita.
Azizulhasni atau dikenali dengan gelaran The Pocket Rocketman, sempat menunjukkan kepada pengikutnya bahawa atlet seluruh negara boleh mendapatkan pelbagai jenis minuman secara percuma dari mesin air minuman di sana.
Selain itu, beliau berkongsi salah satu kemudahan menarik yang disediakan di perkampungan olimpik adalah atlet boleh mendapatkan servis dobi secara percuma.
Difahamkan, atlet boleh membawa pakaian kotor mereka ke salah satu daripada 12 bilik dobi yang disediakan oleh penganjur setiap hari antara 7 pagi hingga 10 malam secara percuma.
Menurutnya, jika atlet menghantar baju mereka sebelum pukul 10 pagi mereka akan mendapat baju dalam hari yang sama.
Malah, bukan itu sahaja, Azizulhasni turut berkongsi beberapa kemudahan lain yang disediakan seperti minuman percuma tanpa limit, sekuriti yang ketat dan bilik kesihatan untuk rehabilitasi para atlet.
Selain itu di ruangan komen, ramai yang meminta jaguh berbasikal trek negara itu melakukan ‘tour’ di tempat lain pula seperti tempat tidur atlet Malaysia, pusat media, masjid, kawasan makan dan bermacam-macam lagi kawasan dalam perkampungan sukan tersebut.
BACA JUGA Ramai atlet mula jual telefon edisi terhad Olimpik Paris, siap letak harga RM40k