Ahmad Zahid pesan sesuatu kepada peneroka Felda DUN Nenggiri
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hanya Kerajaan Persekutuan sahaja yang menjaga segala kebajikan FELDA.
Justeru beliau mengingatkan golongan peneroka FELDA di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri agar tidak terpedaya dengan janji yang dibuat oleh pihak luar.
Katanya, pihak luar hanya datang untuk menabur janji ketika pilihan raya semata-mata.
“Jika ada pihak luar mahu rosakkan Felda, saya minta peneroka di sini tolak lah mereka kerana yang menjadi mangsa adalah peneroka di Felda Perasu.
“Mereka hanya datang berkempen dan sebaik tamat mereka pulang ke tempat masing-masing. Jadi fikir secara waras.
“Insya-Allah saya saya akan bantu peneroka Felda,” katanya memetik Harian Metro.
Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)turut berjanji akan sentiasa menjadikan FELDA sebagai keutamaannya.
Menurut Ahmad Zahid, banyak permohonan termasuk rumah generasi kedua FELDA yang diterima beliau.
“Hari ini saya tidak mahu berjanji ketika PRK. Namun saya minta semua pihak yakinlah kepada saya dan berdasarkan pengalaman, sekali saya berazam, saya akan lakukan yang terbaik,” ujarnya lagi.
BACA JUGA Bersatu guna orang Pas kerana bimbang tidak ada kekuatan hadapi calon BN