Gaji lebih besar daripada KDNK negeri, lain pula jawapan MB Kelantan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud enggan mengulas lanjut mengenai gajinya dan meminta diteliti semula adakah gajinya yang paling tinggi berbanding Menteri Besar yang lain.

Ia susulan laporan mendakwa dia menerima gaji yang tinggi, tidak sepadan dengan angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita negeri itu.

“Tengok biar betul mana lebih tinggi, betul ke paling tinggi, tak perlu tanya (soal gaji).

“RM30,000 dengan RM20,000 mana lebih tinggi, jadi tak perlu saya ulas,” katanya kepada pemberita ketika menyertai kempen PRK Neggiri di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

Gaji Mohd Nassuruddin dilaporkan mencecah sebanyak RM20,000 walaupun mencatatkan prestasi ekonomi negeri terendah di Malaysia dengan KDNK per kapita pada tahun 2023 hanya RM16,836.

Analisis Kini News Lab mendedahkan gaji Menteri Besar Kelantan adalah 119 peratus daripada KDNK per kapita negeri.

Ia mengalahkan gaji Ketua Menteri Pulau Pinang yang memperoleh RM14,175 sebulan.

KDNK per kapita Pulau Pinang adalah sebanyak RM72,586, tertinggi di Malaysia pada tahun 

Berdasarkan analisis itu, gaji eksekutif di Sarawak, Sabah, Terengganu dan Pahang adalah sekurang-kurangnya RM30,000 – iaitu lebih tinggi berbanding gaji perdana menteri RM22,826.

Namun tiga negeri iaitu Sarawak, Terengganu dan Pahang mencatatkan KDNK lebih tinggi berbanding gaji MB atau eksekutif mereka.

Hanya Kelantan dan Sabah sahaja menyaksikan pembayaran gaji MB lebih tinggi berbanding KDNK negeri.

BACA JUGA Gaji MB Kelantan tinggi tapi prestasi ekonomi terendah, terbalik pula dengan Pulau Pinang

Â