Syed Saddiq sekali lagi disekolahkan netizen
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi sasaran netizen apabila beliau memuat naik satu video di Instagram berkaitan ‘pendedahannya’ tentang gaji dan elaun Menteri Besar (MB) Selangor dan Negeri Sembilan.
Tindakan Syed Saddiq itu nampaknya ‘dipertikaikan’ seorang pemuda di Facebook, dikenali sebagai Adrian Lim Chee En.
Pemuda itu mempertikaikan kemampuan bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu dalam mendedahkan perkara tersebut.
”Kenapa Saddiq hanya mampu mendedahkan dua negeri tersebut?
”Ini kerana hanya Selangor dan Negeri Sembilan mengisytiharkan perkara ini.
”Oleh kerana pernah diisytiharkan sebelum ini, maka Saddiq jumpalah info tersebut dalam internet,” kecam Adrian kepada ahli politik itu.
Susulan kedua-duanya pernah mengisytiharkan mengenai pendapatan mereka sebelum ini, Adrian berpendapat kedua-dua MB berkenaan adalah telus.
”Jika MB Selangor dan MB Negeri Sembilan mempunyai kekayaan luar biasa, boleh je SPRM cross check sama ada kekayaan itu sepadan dengan pendapatan mereka.
”Jadi Saddiq bukannya sangat pandai ke mana pun sebenarnya.
”Dia cuma ‘mendedah’ perkara yang pernah diisytihar pada sebelum ini,” bidas beliau lagi.
Tambah Adrian, jika Syed Saddiq adalah pemimpin anak muda yang jujur, dia sepatutnya mendedahkan juga elaun yang diterima MB Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Sabah dan lain-lain.
Bagaimanapun dakwanya, Syed Saddiq tidak mampu melakukannya kerana ianya tidak pernah diisytihar selama ini.
”Tapi rakyat kena faham jugalah. Video Saddiq itu mempunyai political motivation, biasness dan spin. Tujuan dia nak hentam Pakatan sebenarnya.
”MB Selangor dan MB Negeri Sembilan isytihar atas prinsip ketelusan sebelum ini, dia pula prinsip ketelusan itu menghentam kawan-kawan dia. Perangai apa punya manusia sebegini?.
”MB Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Sabah dan lain-lain yang menyorok dan tidak isytihar elaun mereka, Saddiq pula buat-buat tidak nampak? Ketelusan jenis apa yang diperjuangkan oleh Saddiq?” soal beliau.
BACA JUGA Bersatu guna orang Pas kerana bimbang tidak ada kekuatan hadapi calon BN
Â