Annuar Musa jawab, “Ikut aku la pitih aku”
Tan Sri Annuar Musa adalah salah seorang ahli politik daripada Pas yang mencuri perhatian masyarakat apabila setiap kali gambarnya dirakam, pakaian yang digayakan beliau akan berada dalam radar khususnya buat ‘pemerhati fesyen’ dan netizen.
Maka, tidak lama selepas itu senarai harga outfit yang dipakai Annuar Musa mula berlegar-legar di media sosial, sekali gus menjadi bahan bualan.
Malah sebelum ini bekas Ahli Parlimen Ketereh itu juga sudah beberapa kali menjadi bahan bualan kerana pakaiannya yang berjenama.
Baru-baru ini, Annuar sekali lagi dikecam apabila mengenakan pakaian jenama mewah ketika bertemu dengan penduduk orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Apa yang menjadi kecaman adalah pakaian yang dipakai Annuar ketika mengagihkan sumbangan makanan seperti maggi dan biskut kepada golongan masyarakat marhaen di sana.
Ini kerana beliau dilihat memakai jersi jenama mewah yang didakwa bernilai belasan ribu ringgit sambil mengagihkan sumbangan Maggi yang dianggap ‘biasa-biasa’.
Bagaimanapun, Annuar yang juga Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) PRK Nenggiri nampaknya sudah ‘buka mulut’ dipercayai berhubung ‘kecaman’ itu.
”Dok maroh kat Annuar Musa buat gapo pakai baju hok mahal? Ikut aku lah, pitih aku..,” jelas Annuar dalam satu video pendek yang tular di Whatsapp.
Tinjauan Harapan Daily di platform media sosial mendapati rata-rata netizen mempersoalkan baju yang dipakai beliau dan bentuk sumbangan yang diberikan.
”Pakai baju mahal untuk bagi maggi jer?
”Pemimpin Pas tak boikot maggi ke?
”Mahal gile baju tu.. buat dari benang apa?, demikian komen-komen daripada netizen.
BACA JUGA ‘Kita tahu Abang Mat sejak jadi menteri ni beliau….’