Pernah nampak Hadi Awang atau Muhyidin berdialog dengan pelabur syarikat gergasi?

OLEH AHMAD MURSIĀ 

Tesla tidak pernah janji buka kilang di Malaysia. Kenyataan rasmi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)  2023 tidak sebut langsung nak buka kilang. 

Memang ada pelaburan masuk tetapi tidak semesti bina kilang.

Yang diumum MIDA, Tesla akan buka HQ dan pusat servis di Cyberjaya, bina stesen pengecas EV seluruh negara, bawa masuk model kereta Model 3 dan Model Y.

Jadi yang berbohong hari ini sebenarnya ialah walaun PN-Pas bila dakwa kerajaan berbohong.

Ini penyakit akhir zaman yang Nabi saw dah ingatkan iaitu pembohong dianggap benar. Yang benar dianggap bohong. Ar-Ruwaibidah akan bercakap-cakap.

Lebih hairan, kenapa perlu walaun terlalu seronok bila Tesla batal bina kilang di Thailand, Malaysia dan Indonesia? Itukan hal yang merugikan rantau ini.

Munasabah bila menteri jawab ‘tanya Tesla’, kerana berita dilaporkan itu bukan kenyataan rasmi Tesla tetapi dari sumber yang tidak dinamakan.

Ada yang kata ‘padan muka’ PMX dan Tengku Zafrul. Susah-susah buat video conference dengan Elon Musk tapi apa pun tak dapat.

Paling penting, kerajaan bekerja kuat berlari ke sana sini berjumpa dan tarik pelabur dan itu wajar dipuji. 

Hasilnya, jumlah pelaburan terbesar dalam sejarah diluluskan tahun 2023 sebanyak RM329 bilion. Prestasi ringgit 6 bulan terkuat di Asia pun kerana pelaburan masuk.

Takkan lah menteri-menteri PN-Pas dan duta khas yang goyang kaki makan gaji buta waktu tebuk atap itu lebih baik? 

Pernah nampak Hj Hadi atau Muhyidin Jana Wibawa berdialog dengan pelabur-pelabur syarikat gergasi?

Usaha bermati-matian ini tujuannya supaya rakyat dapat pekerjaan dengan gaji yang lebih baik di samping latihan dan kemahiran baru dapat diajar. Tak ucap terima kasih pun, janganlah hina.

Bila Tesla masuk ke Malaysia, itu satu promosi penting menarik syarikat gergasi lain datang melabur ke Malaysia. Di mana banyak semut, di situ banyak gula.

Kehadiran Tesla akan bantu bangunkan ekosistem EV di Malaysia antaranya pusat servis dan baiki, pemasangan dan selenggara stesen pengecas EV. 

Ibu pejabat pula kena ada pekerja korporat, pemasaran, sokongan pelanggan dan latihan. Supply chain alat ganti EV. Bukan ke semua ini wujudkan perniagaan, pekerjaan dan kemahiran baru untuk rakyat kita?

Mana-mana perniagaan dalam dunia ada pasang surut. Waktu tengah sedap, dikembangkan. Waktu mencabar, dibuat strategi baru. Keadaan pasaran cepat berubah.

Di US, untuk kali pertama tahun ini 2024, Tesla hilang penguasaan pasaran di bawah 50% walaupun jualan EV di US semakin meningkat. 

Banyak sangat syarikat kereta dah mula menjual EV termasuk yang murah dari China.

BACA JUGA Gaji lebih besar daripada KDNK negeri, lain pula jawapan MB Kelantan