Ramainya rakyat Malaysia pakai Tesla sekarang, berderet parkir dekat petak pengecasan

Satu video dimuat naik seorang penduduk Kuantan, Pahang mencuri tumpuan apabila ruang parkir khas yang disediakan Tesla untuk pengecasan kereta elektrik, nampaknya dikuasai oleh kenderaan biasa yang menggunakan petrol.

Tertulis pada kapsyen video “ramai sekarang pengguna Tesla dekat Kuantan,” seloroh individu itu sambil meletakkan emoji ketawa.

Dari video tersebut, dapat dilihat ruang parkir telah dikuasai kereta dari jenama tempatan seperti Proton Wira, Proton Saga dan Perodua Bezza walaupun tiada keperluan untuk pengecasan seperti sesetengah kereta elektrik atau berkuasa hybrid.

Perkara tersebut menjadi bualan ramai yang menganggap tindakan meletakkan kenderaan pada petak parkir khas untuk kenderaan EV itu sebagai mementingkan diri.

Mereka juga berseloroh mengatakan ramai rupa-rupanya pengguna Tesla di Kuantan.

“Pergh Kuantan ramai pengguna Tesla ke sampai banyak camtu?,” soal Saiful Nizam.

“B40 pentingkan diri,” komen PakNazz 

Sementara itu ada pengguna memberitahu bahawa mereka juga kadangkala meletakkan kereta di ruang parkir itu buat sementara kerana mahu menuju ke pasar runcit Family Mart yang terletak berhadapan dengan parkir tersebut.

BACA JUGA ‘Kita tahu Abang Mat sejak jadi menteri ni beliau….’

Â