Annuar Musa ‘ikut aku la pitih aku’ kini tular
Ungkapan “ikut aku la pitih aku” dilontar Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa kini menjadi tular.
Sedutan ucapan Annuar itu tersebar di media sosial lengkap maklumat tentang harga beberapa barangan super mewah yang didakwa telah dipakai bekas Ahli Parlimen Ketereh berkenaan.
Beberapa klip video ringkas itu memaparkan sandal Honolulu Mule yang pernah diguna Annuar semasa bertemu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, rupanya mencecah RM4,650.
Sementara itu, jam tangan jenama HYT Iceberg edisi terhad pula berharga RM251,950 manakala jam Hublot pula RM158,930.
Bahkan, tambah mengejutkan orang ramai apabila harga seutas jam tangan dipakai Annuar berjumlah hampir sejuta ringgit.
Baru-baru ini pula, heboh diperkatakan warganet apabila Annuar menggayakan jersi Hugo Boss lengkap seluar berwarna hijau yang dikatakan berharga RM1,500.
BACA JUGA Yang bawa motor ni problem hingga Azizulhasni tersingkir
Â