Shah Firdaus minta maaf, rupanya anak Muar ini ada janji dengan ibunya

Muhammad Shah Firdaus Sarom memohon maaf kerana tidak dapat membawa pulang pingat buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelumba berbasikal trek negara itu membuat permohonan maaf itu menerusi hantaran di Insta Story miliknya, hari ini.

ā€œIā€™m sorry Malaysia (saya minta maaf Malaysia),ā€ katanya ringkas.

Dalam masa sama, anak kelahiran Muar, Johor itu memberitahu beliau ada janji dengan ibunya.

ā€œSaya dah janji nak bawa emak saya pergi umrah,” katanya, dipetik Astro Arena.

Di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines hari ini, Shah Firdaus, 28, beraksi dengan bergaya dan berada dalam kedudukan ketiga.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila berlaku insiden pelanggaran sejurus dirempuh pelumba Jepun, Shinji Nakano pada aksi final.

Terlebih dahulu, pelumba Great Britain, Jack Carlin terjatuh sebelum Nakano dilihat hilang kawalan dan merempuh Shah Firdaus dari arah belakang.

BACA JUGA Shah Firdaus dah terlepas gangsa, pelumba Jepun punya pasal

Ā