Shah Firdaus dah terlepas gangsa, pelumba Jepun punya pasal

Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan perlumbaan final di Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini di kedudukan keempat.

Beliau hampir-hampir meraih gangsa tetapi terbabit dengan kemalangan bersama Jack Carlin (Great Britain) dan Shinji Nakano (Jepun) ketika di hujung perlumbaan.

Perlumbaan itu dimenangi oleh Harrie Lavreysyen (Belanda) manakala perak milik Matthew Richardson (Australia) dan gangsa Matthew Glaetzer (Australia).

Shah Firdaus Sahrom

Namun, ia masih lagi pencapaian terbaik Shah Firdaus, 28, pada penampilan keduanya di Sukan Olimpik selepas tersingkir di suku akhir ketika edisi Tokyo 2020.

Keputusan itu menyaksikan harapan terakhir Malaysia untuk memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir.

Malaysia perlu menunggu empat tahun lagi di Los Angeles 2028 (LA28) untuk memburu emas pertama.

Bagi saingan di Paris 2024, kontinjen negara membawa pulang dua gangsa dalam sukan badminton.

Ia menerusi beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain profesional perseorangan negara, Lee Zii Jia.

BACA JUGA Dakwa adanya rasul selepas Nabi Muhammad, ini penegasan Jakim