Heboh nampak kelibat penanggal ketika Maghrib, ramai orang sebut benda ini yang terbang

Heboh di media sosial kononnya muncul satu kelibat makhluk dipercayai hantu penanggal dirakam sedang terbang di sekitar Kota Sampit, wilayah Kalimantan Tengah.

Menerusi video tular di TikTok itu, kelihatan entiti seperti bebola api sedang terbang dengan pantas di sekitar kawasan hutan.

Di Indonesia, penanggal yang dikatakan dipelihara oleh golongan wanita dipanggil hantu kuyang manakala masyarakat Sabah menggelarnya balan-balan.

Rakaman yang dikongsi di akaun @ssffrrxx dengan lebih 3.2 juta yang menontonnya menyaksikan kelibat hantu didakwa kepala wanita hodoh itu jatuh di sebuah kawasan kediaman penduduk.

“Dua kali ia sudah dilihat pada setiap malam Jumaat dan waktunya adalah maghrib, ketika orang pergi bersolat,” tulis pemilik akaun tersebut.

Namun, kelibat penanggal itu tidak dapat dilihat dengan jelas dalam video tersebut.

Video berdurasi seminit berkenaan kemudian menuai komentar orang ramai termasuk menganggap itu adalah dron berdasarkan pantulan cahaya yang dikeluarkan.

“Itu dron. Berlampu, kelap kelip.

“Macam dron. Mana ada kuyang pakai lampu LED.

“Sekarang kuyang pun dah pakai lampu LED kelip kelip, ikut trend barangkali. Bosanlah satu lampu je, sesekali tukar kelip kelip,” demikian antara komentar dan sindiran warganet.

@ssffrrxx

Di zaman modern skrg ternyata masih ada kuyang😭 bentuknya emng sengeri itu😭 ini udah 2x ngelihat yg beginian #fyp #kuyang #fakesituation⚠️

♬ suara asli – tiaaaaa – tiaaaaa

BACA JUGA Menjengah usia 77 tahun, ini tahap kesihatan PM Anwar