SPR tetap 28 September PRK DUN Mahkota

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan perkara itu selepas Mesyuarat Khas PRK selepas menerima pemakluman rasmi Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Mohd. Puad Zarkash, hari ini.

Selain itu penamaan calon PRK akan diadakan pada 14 September, dengan hari mengundi awal adalah pada 24 September, Selasa.

SPR memaklumkan, sejumlah 66,318 pemilih berdaftar layak untuk mengundi pada PRK kali ini.

Sebelum ini, penyandang DUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu selepas dirawat di hospital akibat pendarahan dalaman.