Jangan cepat ‘melompat’, ada buat kerja fitnah tak kira dosa pahala

Aktivis, Liyana Marzuki mengingatkan orang ramai agar tidak cepat ‘melompat’ dalam menerima sesuatu berita.

Pengendali audio siar ‘Jangan Pajak Otak’ itu berkata, orang politik mempunyai ‘war room’ dalam meraih kuasa.

“Geng politik ni ada war room yang buat black ops. Mereka keluarkan poster fitnah berterusan,” ujarnya menerusi kenyataan di platform X.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran poster yang kononnya pertandingan buku skrap tetapi menggunakan imej tiga tentera China berserta gambar roket.

“Saya tanya geng Kementerian Pendidikan Malaysia. Apa jenis sekolah tu? Mereka kata ini poster propaganda. Lencana sekolah tu diada-adakan.

“Tengok mesej subliminal di belakang, siap ada gambar roket.

“Letak nama cikgu Melayu pula. Nak tunjuk Melayu dikawallah tu,” ujarnya.

Sehubungan itu, Liyana yang juga peguam menasihatkan agar propaganda jelek seperti itu dihentikan.

“Sudah-sudahlah buat kerja fitnah dumbdown rakyat ni.

“Dah macam nak kuasa, sampai tak kira dosa pahala, semua pun dihalal jua,” tegasnya lagi.

Terdahulu, tular suntingan jahat pada satu poster sempena Hari Kebangsaan.

Poster kononnya Pertandingan Buku Skrap dengan tema Tokoh Kemerdekaan di Malaysia itu terbuka kepada pelajar sekolah menengah.

BACA JUGA Sah Awie YB baharu Nenggiri, BN kembali bergaya, Pas tersungkur teruk