Kelantan sedia untuk berubah, kata Mohamad Sabu
Amanah mengucapkan tahniah kepada YB Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang dipillih sebagai Adun bagi N43 Nenggiri hari ini, kata Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu.
“Kemenangan ini adalah satu isyarat jelas bahawa rakyat Kelantan telah bersedia untuk membuat perubahan bagi mengangkat gabungan Perpaduan mentadbir Kelantan dalam pilihanraya raya akan datang,” katanya dalam kenyataan menjelang pengisytiharan rasmi SPR kemenangan calon BN yang memawakili Perpaduan di Nenggiri.
Bagi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, kemenangan ini disumbangkan oleh kerja keras jentera gabungan Perpaduan.
“Justeru, saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada jentera AMANAH di semua peringkat di atas komitmen yang diberikan.
“Saya menyeru jentera AMANAH untuk menumpukan segala kekuatan yang ada untuk memastikan kemenangan calon Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Mahkota,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Maklumat tidak rasmi menunjukkan BN menang dalam PRK Nenggiri dengan majoriti melebihi 3,000 undi mengalahkan calon Pas.
BACA JUGA Tidak rasmi: BN menang besar di Nenggiri, raih majoriti 3,372 undi
Â