Pemimpin Pas bayangkan PN kalah, BN di depan di Nenggiri
Pemimpin Pas membayangkan bahawa Perikatan Nasional (PN) kehilangan kerusi Dun Negeri dalam pilihan raya kecil hari ini.
Menurut seorang pemimpin Pas yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, kerusi Nenggiri sentiasa dimenangi BN kecuali untuk PRU 15 dan pilihan raya negeri baru-baru ini sahaja yang dimenangi bukan parti BN.
Pengarah pilihan raya PN, Tan Sri Annuar Musa juga cuba memberikan bayangan PN boleh jadi kalah di Nenggiri.
“Pusat mengundi baru ditutup. Lebih 2,000 pengundi putih PN tidak keluar gara-gara tempias berita pihak lain mendapat duit,” tulis Annuar Musa menerusi facebook beliau.
Menurut bilik gerakan Barisan Nasional (BN), sehingga berita ini ditulis, BN telah menang di PDM Tohol, Sungain Puian, Sungai Jenera dan juga Kuala Sungai.
Berdasar undi 38 dari 48 saluran yang dikira, BN telah mendahului dengan majoriti 2,814 undi. BN mendapat 6,913 manakala Pas mendapat 4,119 undi.
Dalam PRK ini, calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Perpaduan manakala bekas pemimpin Pas yang menyertai Bersatu, Mohd. Rizwadi Ismail mewakili PN dengan menggunakan logo Pas.