PRK DUN Mahkota: Setuju BN bertanding, PH tidak letak calon

Tiada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pada September depan.

Menurut Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat kepimpinan tertinggi PH yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.

“PH bersetuju calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding (pada PRK DUN Mahkota) sebagai menghormati kerusi penyandang sepertimana BN berbuat serupa ketika PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada September 2023.

“PH akan turun memberi sokongan dan dukungan sepenuhnya kerana mengekalkan kemenangan kerusi DUN Mahkota menjadi keutamaan dalam semangat Kerajaan Perpaduan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.