Nenggiri jadikan minggu ini penuh barakah dan berita baik untuk Malaysia
Kemenangan Perpaduan melalui Barisan Nasional (BN) di Nenggiri menjadikan minggu ini penuh dengan barakah dan berita baik untuk negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Antaranya pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa Keluaran Negara Kasar Malaysia (KDNK) meningkat 5.9 peratus untuk suku kedua tahun ini, melepasi jangkaan awal 5.8 peratus.
Ia adalah peningkatan sebanyak 1.7 peratus berbanding 4.2 peratus yang direkodkan untuk suku pertama tahun 2024 ini.
Berita baik yang ketiga, kata Fahmi, adalah pengumuman kenaikan gaji untuk penjawat awam yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 16 Ogos lepas.
Anwar mengumumkan kenaikan gaji 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksana, pengurusan dan professional.
Berita baik ketiga adalah apabila Jabatan Statistik mengumumkan kadar inflasi yang rendah berbanding kenaikan inflasi seluruh dunia.
Kejayaan Malaysia membawa 40 rakyat Palestin yang sakit dan memerlukan rawatan bersama keluarga mereka masing-masing ke Malaysia juga menjadi berita gembira untuk rakyat negara ini selepas mereka sejak sekian lama membaca Qunut Nazilah untuk menghancurkan musuh umat Islam iaitu Israel.
Mangsa perang yang memerlukan rawatan ini dibawa dengan dua kapal terbang tentera Malaysia dari Mesir, negara yang bersempadan dengan Gaza, Palestin.
Kesemua mereka tiba dengan selamat kelmarin di Lapangan Terbang Subang dan dibawa ke hospital di Malaysia untuk menerima rawatan oleh tentera Malaysia.
BACA JUGA Sah Awie YB baharu Nenggiri, BN kembali bergaya, Pas tersungkur teruk DAN JUGA Kelantan sedia untuk berubah, kata Mohamad Sabu