Projek Kampung Angkat MADANI KKM tingkatkan liputan kemudahan asas dan kualiti perkhidmatan kesihatan – Dr Dzulkefly
FOTO BERITA: Majlis Pelancaran Kampung Angkat Madani KKM bersama YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Dewan Orang Ramai, Kampung Bukit Badong, Ijok, Selangor. 18hb Ogos 2024 (Ahad)
Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada 942 keluarga dan
4,585 penduduk di mana KKM telah merangka 21 projek merangkumi
peningkatan kemudahan asas, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kesihatan.
Terdahulu, Program Kampung Angkat MADANI telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Ucapan Belanjawan 2024 dengan peruntukan RM100 juta untuk 42 kampung di seluruh negara. Setiap kampung menerima peruntukan maksimum sebanyak RM2.5 juta.
Sebanyak RM2.5 juta telah
diperuntukkan oleh MOF kepada KKM bagi tujuan pelaksanaan
program/projek untuk kampung angkat ini melibatkan skop-skop utama
Antara skop-skop utama pembaikan dan naik taraf bangunan dan infrastruktur awam.
Pembaikan dan naik taraf fasiliti kesihatan, bekalan air dan kebersihan alam sekeliling.
Program kesedaran kesihatan awam dan perkhidmatan klinik kesihatan bergerak