Ramai terkejut lihat gaun sanding Jeslina Hashim, rupanya dihiasi 10,000 berlian
Penampilan penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim, 46, dalam majlis persandingannya di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur menarik perhatian orang ramai.
Menerusi klip video dikongsikan Nona, gaun sanding berona putih itu dihiasi 10,000 berlian.
Dilaporkan majlis tersebut dihadiri ratusan tetamu terdiri daripada kalangan kerabat, tetamu kehormat utama (VVIP) dan rakan-rakan artis.
“Gaun A-line dengan perincian hiasan tangan di bahagian neckline menggunakan 10,000 permata turquoise, gold dan silver berserta cathedral veil merelet ke lantai,” menurut kapsyen tertera pada rakaman itu.
Turut dimaklumkan, isteri kepada cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar iaitu Tunku Eddy Nasruan Adi menerima solekan natural dari Bosco Ryzarl.
Terdahulu, Jeslina yang pernah popular dengan lagu ‘Ku Intai Cinta Dalam Rahsia’ selamat dinikahkan dengan Tunku Eddy pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis tertutup.
Pasangan berkenaan dilaporkan sudah lapan tahun menjalin hubungan cinta.
Sebelum ini, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 tetapi hanya mampu bertahan selama lapan tahun.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.
BACA JUGA ‘Saya yang lahirkan awak..’, kata-kata ibu Syamsul Yusof jadi bualan selepas anaknya failkan cerai